Wednesday, April 13, 2011

Merempit !


Yeaahhhhh!!! kita kasi koyak itu L.. Haha.. excited pulak kan?
Actually pagi tadi aku pegi test jpj untuk lesen moto.
Alhamdulillah.. aku dah pass.. so urusan lesen kete dan jugak moto dah selesai.
Btw ade sedikit story mory utk test pagi tadi.
Aku relax je awal2 tu tapi bila sampai turn aku mula nak takut.
Dup dap dup dap la jugak kan. Haha. Aku pun masuk litar.
Lepas je titi, takde jatuh2 aku pun rasa lega sgt2.
Sampai pondok 2 aku stop mati enjin and pegi amik borang kat pondok 1.
Then, aku dgn sungguh2nya start moto.
Tendang punya tendang tak boleh.
Pegawai jpj tu dah suruh start, tadi dia tak ckp pun.
Aku pun teruskan la usaha tendang2 tu kan.
Huish. Cuak tak cuak la kan.
Dalam hati dah risau bagai nak rak.
'Habis la aku kali ni =/ '
Budak perempuan blkang aku dah turun moto nak tolong.
Tapi pegawai jpj tu tak bagi.
'Alamak.. cane nih..'
Pegawai tu pun cakap mcm ni,
"Tunjukkan yg awk boleh buat. Ni dah gelap. Mcm nak hujan je kejap lg."
Lebey kurang cmni la katenya.
Aku pun.. "Kejap yea.." Sambil terus usaha.
Penat seyh.. Tiba2.. Cikgu aku dtg..
"Switch tak bukak.. nak start mcm mna?!"
OPPPPSSS! Aku pun tgk. Uish !
Seriously malu sgt3 !!!
'Arggghhhhhh.. mcm mna boleh tak perasan?'
Aku pun start. Sekali tendang terus boleh.
Apalagi.. buat ape yg patut.. Jalan laaaa..
Ini larh akibat fobia terlampau.
Sebab sebelum ni aku mmg tak reti start moto sgt.
Tapi baru2 ni aku ade gak bawak moto, rasa2 dah bole start.
So tak risau sgt la. Tiba2 jadi cam td. Tak bole kan.
Mana tak datang aku punya gelabah.
Adoi2. Sabar je larh. hehe =p

Thursday, April 7, 2011

Simple wish !



*nanti boleh i tatap muka you hari2 tau. Haha.

Wednesday, April 6, 2011

Merry me merry !




'even if he hasn't proposed.'

Haha. You know what?
I will be MORE merry if he do propose me.
At that time i am the happiest girl in the universe! :D
Because i really do love him and i want to be with him FOREVER.
*i miss you, hubby.

My first ICE SKATING

Eyp! :)
Actually ni gamba lama tapi baru upload. Hehe.
If im not mistaken during our Semester 1 at Uitm Pumcak Alam.
This is my first time for ice skating, so i become so excited on that day.
Selalu meluncur atas simen je, roller blade. Haha
Jadi lokasinya tak lain tak bukan, Sunway Piramid.
Kat situ je pun ade ice skating en? Haha.
Bagi yang belum cuba, sila la cuba.
Sangat BEST! Rugi tau tak try.
Hurm..The second time with my boyfie. Ngee :D


Amacam? Ada style? Haha.
Muka bahagia dpt main. Ngee ^_^


Stylo tak kitorang? Haha :D




Twins! Hehe..tipu jep =p


Ice skater terhebat! Erkk! yeke? HAHA


This is Lisa. Saba ea Lisa. Nanti kita main lagi. :)
*dia patah tangan akibat terjatuh. accident secara tak sengaja.
korang jgn takut nak main ice skating pulak! Huhu


Ini starbucks pertama aku. Hehe.


Forever 21 ke? I'm 19 now. Ngee~











Sunday, April 3, 2011

1 Hari bersama Revive Isotonic Ais Limau


12.00-9.00pm : Aku spent time dekat ..G..I..A..N..T.. Kota Damansara. Buat ape? Haha. Yesterday is the first time i become a promoter. Aku keje bawah satu agency ni. Product aku seperti yang dinyatakan di atas ye. First time jugak aku pegi balik keje bawak moto. Excited tak? Next week baru test. Wish me luck! Hehe. Btw mmg pengalaman la keje hari Ahad semalam. Mula2 sampai aku call supervisor aku, then masuk ke dalam la kan. Kalau selalu aku masuk sebagai customer tapi hari ni sebagai promoter melalui staff entrance. Lost jugak aku awal2, tapi syukur sgt2 sebab ade BA lama yg da tau pasal kedatangan aku smlm dan dia sgt baik melayan aku. Thanx :) Mmg dari awal sampai akhir dia dgn kawan dia lg sorang tolong aku. Jadi smlm kawan aku adalah 2 org yg sebaya lebih kurang mak aku. Haha. Kawan dgn org berumur sket. Boleh tahan jugak kan? Tapi takpe sebab diorang baik. Jadi aku senang dgn diorang. Bila dah siap set up semua, aku mula la untuk sampling. Wah ! tak penah lagi aku buat. So aku ikut la seperti yang diajar semasa training selama 2 HARI baru2 ni. Awal2 tu supervisor aku sibuk amik gamba promoter2 dia termasuk la aku masa tengah layan customer. Nak buat ape ntah~ Mula2 buat tu ok la best jugak. Customer pun ramai jugak berminat and beli. Boleh tahan jugak aku kan? First day tuh~woot2. Perasan pulak kan? Hehe. Tapi dah lame2 berdiri kat situ penat la jugak. Boring pun ade. Bukan sebab takde keje. Hari ahad kan mesti la ramai orang, tapi maybe sebab aku tak interested dgn keje macam ni. Tapi yang penatnya aku terpaksa ulang-alik amik sample air dekat cage. Hypermarket kot. Besar tempat dia. Tempat simpan sample air tu pulak jauh. Aku terpaksa melalui store tempat simpan barang tu dulu. Then naik satu lift baru sampai. Dah la lift dia dengan tempat aku amik barang tu busuk. Nak termuntah pun ade. Macam bau sampah. Eww~ Bayangkan la nak kena pegi berape kali. Dengan customer ramai plus promoter and staff kat situ lagi yg suka pegi minum air aku. Yela, revive kan mesti la serve dgn sejuk. Sepatutnya promoter lain mana boleh minum2 sample org lain. Diorang sedap la minum byk2 kali tapi aku yg penat nak pegi amik sample lain kat store. Aduyai~ Nak buat mcm mana aku dah la baru, takkan tak nak bagi nanti diorang tak nak kawan aku pulak. So takpe la. First day~ banyak gak rules yang aku langgar. Last2 dgn aku2 sekali minum air tu. Haha =p Sample aku je la. Aku tak pegi amik sample org lain. Btw semalam baru la aku mcm nampak DUNIA PROMOTER. Haha. Sangat ramai promoter smlm. Sampai aku rasa sepanjang jalan tu mcm pasar promoter. Customer best la rasa mcm2. And aku banyak memerhati jugak. Macam2 perangai tau semua. Biasa la tu. Diorang pegi mkn minum sample promoter lain. Berborak2 la. Haha. Mana ade ikut rules. Habis keje aku teman kawan aku tu shopping dlm giant. Boleh je balik terus tapi saje je ikut. Huhu. So secara overall, okay la. Takde la teruk sgt pun. Alhamdulillah. Semua berjalan dgn lancar even ade sikit2 dugaan yg mendatang~ Ngee :)

JADI silalah cuba REVIVE ISOTONIC baru dgn perisa baru AIS LIMAU! Haha. Iklan je. =p