Saturday, June 25, 2011

Crying.

Yes, I'm


CRYING


RIGHT NOW.



Kenape?

Aku sendiri tataw.

Aku rasa sedih sgt.

Aku terasa hati jugak.

Tiba2 jadi sensitif.

Dengan sape?

Ade laaa.

Mungkin org tu rasa hal ni kecik.

Tapiii......

Aku betol2 terasa.

Org tu tak jauh pun dari aku.

Dekaaatt je.

Hurmmm.

Sedih.

Aku nak mengadu kat dia tapi awal pulak dia tido.

Try jugak call bestfriend aku, tak berjawab jugak.

Yela. Aku call pun dah tengah malam.

Mesti org dah tido kan?

Aku just nak berborak dgn someone utk tenangkan hati ni bukannya nak mengadu ape sgt pun.

Tape la.

Biar DIA Yang Maha Esa je yg tau.

Sesungguhnya DIA Lagi Maha Mengetahui.



P/s: Actually, it's almost 4:00 am already. And i dont even sleep yet. Ntah laa. Rasa malas nak tido. Bole tak? Takde mood. So i try my best utk cari mood nak bloging. On the way nak cari ketenangan diri kan. Tanpa disengajakan masa cari2 code for my font, i found a website that give me some ideas to edit HTML. Tu yg lama sgt tulis blog sbb aku sibuk menggodek2 HTML ni. Bukan senang tau! Hee :D



Ok! Ni link utk korang try ^__^
CSS Text from Quackit.com

Eyh ! Ketuk2 Ramadan lagi?

..

Monday, June 13, 2011

Oh, public phone!

Setelah sekian lama aku tak menggunakan khidmat PUBLIC PHONE, tiba2 mlm ni aku sgt2 memerlukan bantuannya. Actually, pagi tadi aku tertinggal handphone masa nak pegi keja. Handphone lagi satu yg aku bawak kehabisan battery dan jugak kredit.
Aduhhhhhh~

Memandangkan aku keje FULL shift arini jadi aku nak kena call ayah kesayangan aku untuk ambik aku balik keje. Yelaa.. Takkan aku nak berjalan dari Sunway Giza tu sampai umah mlm2 mcm ni. Haishhh.. Cuak den.. Nak pinjam phone org kat tempat keje mcm segan. So aku nak mencuba la nasib kat public phone yg dah berzaman aku tak guna. Selalunya tiap kali aku lalu, akan terpampang kat public phone dlm One Utama ni 'OUT OF ORDER'.

Haaaa.. nak dijadiakn cerita salah satu public phone kat laluan aku keluar dari tmpat keje dah ditanggalkan notice tersebut.

'Wahhh.. ada harapan..'
Lega jep rasa hati. Aku pon masukkan syiling 10 sen. Mujur ade syiling kan.
Selepas itu, dgn penuh harapan aku mendail nombor telefon.
Respond : Tak berapa baik.
'Aik?! Tak bole ke?'

Ape la nasib.. Public phone tu tak bole guna. Aku pon jalan la balik.
Tapiiiii.. sebelum keluar dari Shopping Complex One Utama tu..
Aku mencuba nasib kat public phone ground floor.
Buat procedure seperti biasa.
AND
Respond : Titt..titt..
Fuhhhhh.. Lega bila dengar suara ayah di hujung talian.
Hee.. Ape lagi aku ckp ape yg perlu saja la.
Syiling kan 10 sen jep aku masukkkan. Huhu..
Lepas tu baru la rasa lega sket.


Ala2 public phone yg aku guna td. Huhu.


So, ini kisah aku.
Korang pulak mcm mna?
Agak2 la kan bila kali terakhir guna public phone ni?
Yelaa.. Mna main public phone sekarang kan?
Semua dah ada phone canggih2 ye tak?

Tapiii..kalau dah jadi emergency.
Public phone gak yg korang akan cari tau?
Huhuhu..

Tiba2 teringat dulu bergayut kat public phone.
Especially masa kat asrama.
Tak pon kat rumah pon ade gak.
Masa kredit handphone habis.
Hahahaha.
Kelaka la pulak.
Tapi best!
Kan3?

Wednesday, June 8, 2011

Peristiwa 8 JUN.




Haiya!! Ape aku dah buat ni?

Okay..First of all thank you so much to my Zairul sayang sbb spend time dgn aku arini.
Sgt3 happy dapat jalan2, shopping bag and wedges. Huhu. Tapi yg penting sekali dapat jumpa dia. Lama tak jumpa. Rindu laa. Hee.. (muka excited)

Kitorang pegi Sunway Piramid. Haa.. Nak dijadikan cerita, kitorang keluar dari sunway and tgu bas rapid 623 around 7 plus2. Selalu tgu tak lama pun dah ada bas. Tiba2 arini bas tuh tak muncul2. Pkul 8 malam baru nmpk batang idong.
Adoiiiiiiii~

Jadi nak dekat pukul 9 baru sampai LRT Kelana Jaya. Rapid 89 yg menuju ke rumah aku ada kat situ. Tersangat la lega. Zairul pulak naik LRT. Tgu punya tgu aku nmpk la driver bas tu jln menuju ke bas. Peliknya sbb tade orang menuju ke arah bas tu. So aku tgu aje la kejap.
Tiba bas tu tutup pintu and gerak. Aku pun pelik la kan.
Selalunya bila driver tu pegi kat bas akan ade org pegi sana. Ini tak!
'Maybe dia nak ke depan sket kot.'
Tengok2 bas tu blah mcm tu je.
'Aik?!! Tak amik orang ke bas nih?'

Perghhh.. Risau tak risau la kan.
Aku pun pegi la tanye org rapid yang ada kat situ.
'Eyh, bas 89 dah pegi dah..'
Aku pun dgn muka cuaknya.
Dalam aty,,,,
'Aku terlepas la nih??'
Adoiiiii~

Seingat aku bas tu akan lalu kat bus stop seberang tau.
Jadi aku dgn cptnya sampai berlari naik jejantas nak pegi seberang.
Tgu la kejap kan. Tiba2...

'Shuuuuuuuuu..................'

Bukan main laju bas tu jalan tanpa berhenti kat bus stop tuh.
'Alamak?! Ape aku nak buat nih?'
Mmg tak la nak tgu next bus. Maunya pukul 10 ke 11 baru ada.
Aku pun call kakak aku cite2 sume.
Nak menangis dah aku kat situ.
At last aku terpaksa amik teksi.
Kena la keluar duit lebih.
Aduyaiiii~
(Syukur la dapat teksi cantik! Heee~)

Aku dalam teksi tu muka frust tak habis lagi tu. Then aku asyik tgk meter dlm teksi tu jep.
Nasib pak cik teksi pun muka baik je. Aku mmg harap setakat 10 ringgit dah la sbb lalu tropicana dekat sket. Kalau lalu curve sume mmg la JAM! So paham2 je la kan tambang nt mcm mna. Tapi traffic light pulak byk gak yg merah. Btol2 dah belok ke Carefour cukup 10 ringgit. Aku pun cpat2 mintak berhenti kat situ je sbb aku tak nak la sampai belas2 meter tu.
Total RM 10.10 tapi pak cik ckp 10 ringgit je.
Mekasyeh ye..

Tapiiiiii~

Masa berhenti tadi rasa mcm langgar lubang tau. Aku pun teringat la pasal lubang besar tepi tu. Bas penah berhenti dekat dgn lubang tu. Tade penutup. Kena curi kot.
Bahaya btol. tak letak kon pulak.
Aku pun tanpa fikir ape2 dah bayar amik barang sume keluar dari teksi tuh.
Aku lintas jalan. Tiba2 aku dengar bunyi teksi tu.

Pelik..
'Asal nih..?'
Aku patah la balik. Pak cik tadi keluar.
Rupa2nya..
Satu tayar teksi tu dah masuk lubang tu.
Mmg tak bole keluar.
Aduhhhh~

'Apa aku dah buat ni?'

Like seriously aku rasa sgt3 bersalah mintak pak cik teksi berhenti kat situ.
Tak pasal2 pak cik tu dapat problem. Dia ckp kat aku kena mintak tolong org.
Aku bagi cadangan mintak tolong orang dekat kedai2 mkn situ. Punya la rasa bersalah aku teman la pak cik tu cari orang. Ada orang2 surau lepak situ.
Diorang pun tolong. Syukur alhamdulillah..
Kejap je dah berjaya keluar tayar teksi.

'Pak cik teksi.. Saya mintak maaf ye?'



Actually pak cik tu dah suruh aku balik je tadi.Tapi aku tgu gak sbb risau la kan.
Jadi aku tak sempat nak mintak maaf kat pak cik teksi tu sbb aku just tgk dari jauh.
Kesian pak cik tu kan? Gara2 hantar aku jadi macam tu.
Sabar je la.

Tak tertinggal lagi satu kejadian yg sadis pada mlm ini. Sambil jalan menuju ke rumah aku. Tapak kasut aku pulak buat hal. Mmg la dah penah terbukak and aku just tampal gam kasut biasa. Dah kena air hujan bagai lekang la dia kan. Dah la terbelah dua tapak tu. Sudahhh~ Tercabut sudaa.. Geramnya ngan kasut tu. Aku tinggal je tengah jalan. Tapak dia la. Huhu. Mujur dah sampai blok umah aku. Haihhhhhhh........ Mcm2 dugaan aku dapat mlm ni kan.
Redha je la. Nak buat mcm mna. Mesti ade sebab musabab setiap kejadian yang berlaku kan?

Chill babeyh! Haha :D

Chow cincau! Esok keje FULL shift. Ngantok2!
Selamat Malam.